Beberapa waktu yang lalu salah seorang facebookers (maklum sering ol, he,he) mengupdate status yang berisikan pertanyaan tenteng pemubahan/pembolehan sesuatu dalam keadaan terpaksa/darurat, apakah boleh. sebsb yang halal tetaplah halal dan yang haram tetaplah haram, itu sudah ketentuan dari Allah. Nah, bagaimana Islam berpandangan akan hal ini.. mari kita simak ulasan singkat di bawah ini.
ISLAM mempersempit daerah haram. Kendatipun demikian soal
haram pun diperkeras dan tertutup semua jalan yang mungkin akan membawa kepada
yang haram itu, baik dengan terang-terangan mahupun dengan sembunyi-sembunyi.
Justeru itu setiap yang akan membawa kepada haram, hukumnya haram; dan apa yang
membantu untuk berbuat haram, hukumnya haram juga; dan setiap kebijakan
(siasat) untuk berbuat haram, hukumnya haram. Begitulah seterusnya seperti yang
telah kami sebutkan prinsip-prinsipnya di atas.
Akan tetapi
Islam pun tidak lupa terhadap kepentingan hidup manusia serta kelemahan manusia
dalam menghadapi kepentingannya itu. Oleh kerana itu Islam kemudian menghargai
kepentingan manusia yang tiada terelakkan lagi itu, dan menghargai
kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia. Justeru itu seorang muslim dalam
keadaan yang sangat memaksa, diperkenankan melakukan yang haram kerana dorongan
keadaan dan sekadar menjaga diri dari kebinasaan.
Oleh kerana
itu Allah mengatakan, sesudah menyebut satu-persatu makanan yang diharamkan,
seperti: bangkai, darah dan babi:
“Barangsiapa
dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka
tiada berdosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Belas-kasih.” (al-Baqarah: 173)
Yang
semakna dengan ini diulang dalam empat surah ketika menyebut masalah
makanan-makanan yang haram. Dan ayat-ayat ini dan nas-nas lainnya, para ahli
fiqih menetapkan suatu prinsip yang sangat berharga sekali, iaitu:
"Keadaan terpaksa membolehkan yang terlarang."
Tetapi
ayat-ayat itupun tetap memberikan suatu pembatas terhadap si pelakunya (orang
yang disebut dalam keadaan terpaksa) itu; iaitu dengan kata-kata ghaira baghin
wala 'aadin (tidak sengaja dan tidak melampaui batas).
Ini dapat
ditafsirkan, bahawa pengertian tidak sengaja itu, maksudnya: tidak sengaja
untuk mencari kelazatan. Dan perkataan tidak melampaui batas itu maksudnya:
tidak melampaui batas ketentuan hukum.
Dari ikatan
ini, para ulama ahli fiqih menetapkan suatu prinsip lain pula, iaitu:
adh-dharuratu tuqaddaru biqadriha (dharurat itu dikira-kirakan menurut
ukurannya). Oleh kerana itu setiap manusia sekalipun dia boleh tunduk kepada
keadaan dharurat, tetapi dia tidak boleh menyerah begitu saja kepada keadaan
tersebut, dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kepada keadaan dharurat itu
dengan kendali nafsunya. Tetapi dia harus tetap mengikatkan diri kepada pangkal
halal dengan terus berusaha mencarinya. Sehingga dengan demikian dia tidak akan
tersentuh dengan haram atau mempermudah dharurat.
Islam
dengan memberikan perkenan untuk melakukan larangan ketika dharurat itu,
hanyalah merupakan penyaluran jiwa keuniversalan Islam itu dan kaidah-kaidahnya
yang bersifat kulli (integral). Dan ini adalah merupakan jiwa kemudahan Islam
yang tidak dicampuri oleh kesukaran dan memperingan, seperti cara yang
dilakukan oleh ummatummat dahulu. Oleh kerana itu benarlah apa yang dikatakan
Allah dalam firmanNya:
“Allah
berkehendak memberikan kemudahan bagi kamu, dan Ia tidak menghendaki memberikan
beban kesukaran kepadamu.” (al-Baqarah: 185)
“Allah
tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi ia
berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu
supaya kamu berterimakasih.” (al-Maidah: 6)
“Allah
berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia itu dijadikan
serba lemah.” (an-Nisa': 28)
Sumber : Ebook Halal dan Haram Dalam Islam, Dr. Yusuf
Al-Qardhawy
0 comments:
Post a Comment