DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal
sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang
haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang
membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau
tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau
tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut
tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.
Ulama-ulama
Islam mendasarkan ketetapannya, bahawa segala sesuatu asalnya mubah, seperti
tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat al-Quran yang antara lain:
“(Allah)
telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di
bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah: 13)
“Belum
tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa
yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Ia telah sempurnakan buat
kamu nikmat-nikmatNya yang nampak mahupun yang tidak nampak.” (Luqman: 20)
Allah tidak
akan membuat segala-galanya ini yang diserahkan kepada manusia dan
dikurniakannya, kemudian Dia sendiri mengharamkannya. Kalau tidak begitu, buat
apa Ia jadikan, Dia serahkan kepada manusia dan Dia kurniakannya?
Beberapa hal
yang Allah haramkan itu, justru kerana ada sebab dan hikmat, yang --insya
Allah-- akan kita sebutkan nanti.
Dengan
demikian arena haram dalam syariat Islam itu sebenarnya sangat sempit sekali;
dan arena halal malah justeru sangat luas. Hal ini adalah justeru nas-nas yang
sahih dan tegas dalam hal-haram, jumlahnya sangat minim sekali. Sedang sesuatu
yang tidak ada keterangan halal-haramnya, adalah kembali kepada hukum asal
iaitu halal dan termasuk dalam kategori yang dima'fukan Allah.
Untuk soal
ini ada satu Hadis yang menyatakan sebagai berikut: "Apa saja yang Allah
halalkan dalam kitabNya, maka dia adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan,
maka dia itu adalah haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu
dibolehkan (ma'fu). Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab
sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun." Kemudian Rasulullah
membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa [1]. (Riwayat Hakim dan Bazzar)
"Rasulullah
s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab
beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam
kitabNya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam
kitabNya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah
maafkan buat kamu." (Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)
Rasulullah
tidak ingin memberikan jawaban kepada si penanya dengan menerangkan satu
persatunya, tetapi beliau mengembalikan kepada suatu kaidah yang kiranya dengan
kaidah itu mereka dapat diharamkan Allah, sedang lainnya halal dan baik.
Dan sabda
beliau juga, "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka
jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka
jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu
pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda
kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia."
(Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
Di sini
ingin pula saya jelaskan, bahawa kaidah asal segala sesuatu adalah halal ini
tidak hanya terbatas dalam masalah benda, tetapi meliputi masalah perbuatan dan
pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan ibadah, iaitu yang biasa kita
istilahkan dengan Adat atau Mu'amalat. Dasar dalam masalah ini tidak haram dan
tidak terikat, kecuali sesuatu yang memang oleh syari' sendiri telah diharamkan
dan dikonkritkannya sesuai dengan firman Allah:
“Dan Allah
telah memerinci kepadamu sesuatu yang Ia telah haramkan atas kamu.” (al-An'am:
119)
Ayat ini
umum, meliputi soal-coal makanan, perbuatan dan lain-lain.
Berbeza
sekali dengan urusan ibadah. Dia itu semata-mata urusan agama yang tidak
ditetapkan, melainkan dari jalan wahyu. Untuk itulah, maka terdapat dalam suatu
Hadis Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa
membuat cara baru dalam urusan kami, dengan sesuatu yang tidak ada contohnya,
maka dia itu tertolak." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini, adalah
kerana hakikat AGAMA --atau katakanlah IBADAH-- itu tercermin dalam dua hal,
iaitu:
1.
Hanya Allah lah yang disembah.
2.
Untuk menyembah Allah, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkannya.
Oleh kerana
itu, barangsiapa mengada-ada suatu cara ibadah yang timbul dari dirinya sendiri
--apapun macamnya-- adalah suatu kesesatan yang harus ditolak. Sebab hanya
syari'lah yang berhak menentukan cara ibadah yang dapat dipakai untuk
bertaqarrub kepadaNya.
Adapun
masalah Adat atau Mu'amalat, sumbernya bukan dari syari', tetapi manusia itu
sendiri yang menimbulkan dan mengadakan. Syari' dalam hal ini tugasnya adalah
untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakui, kecuali dalam beberapa
hal yang memang akan membawa kerusakan dan mudharat.
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah berkata: "Sesungguhnya sikap manusia, baik yang
berbentuk omongan ataupun perbuatan ada dua macam: ibadah untuk kemaslahatan
agamanya, dan kedua adat (kebiasaan) yang sangat mereka perlukan demi
kemaslahatan dunia mereka Maka dengan terperincinya dasar-dasar syariat, kita
dapat mengakui, bahawa seluruh ibadah yang telah dibenarkannya, hanya dapat
ditetapkan dengan ketentuan syara' itu sendiri."
Adapun
masalah Adat iaitu yang biasa dipakai ummat manusia demi kemaslahatan dunia
mereka sesuai dengan apa yang mereka perlukan, semula tidak terlarang. Semuanya
boleh, kecuali hal-hal yang oleh Allah dilarangnya Demikian itu adalah kerana
perintah dan larangan, kedua-duanya disyariatkan Allah. Sedang ibadah adalah
termasuk yang mesti diperintah. Oleh kerana itu sesuatu, yang tidak diperintah,
bagaimana mungkin dihukumi terlarang.
Imam Ahmad
dan beberapa ahli fiqih lainnya berpendapat: asas dalam urusan ibadah adalah
tauqif (bersumber pada ketetapan Allah dan Rasul). Oleh kerana itu ibadah
tersebut tidak boleh dikerjakan, kecuali kalau ternyata telah disyariatkan oleh
Allah. Kalau tidak demikian, berarti kita akan termasuk dalam apa yang
disebutkan Allah:
“Apakah
mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang
tidak diizinkan oleh Allah?” (as-Syura: 21)
Sedang
dalam persoalan Adat prinsipnya boleh. Tidak satupun yang terlarang, kecuali
yang memang telah diharamkan. Kalau tidak demikian, maka kita akan termasuk
dalam apa yang dikatakan Allah:
“Katakanlah!
Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu daripada
rezeki, kemudian kamu jadikan daripadanya itu haram dan halal? Katakanlah!
Apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah kamu memang berdusta atas
(nama) Allah?” (Yunus: 59)
Ini adalah
suatu kaidah yang besar sekali manfaatnya. Dengan dasar itu pula kami
berpendapat: bahawa jual-bell, hibah, sewa-menyewa dan lain-lain adat yang
selalu diperlukan manusia untuk mengatur kehidupan mereka seperti makan, minum
dan pakaian. Agama membawakan beberapa etika yang sangat baik sekali, iaitu
mana yang sekiranya membawa bahaya, diharamkan; sedang yang mesti,
diwajibkannya. Yang tidak layak, dimakruhkan; sedang yang jelas membawa
maslahah, disunnatkan.
Dengan
dasar itulah maka manusia dapat melakukan jual-beli dan sewa-menyewa sesuka
hatinya, selama dia itu tidak diharamkan oleh syara'. Begitu juga mereka boleh
makan dan minum sesukanya, selama dia itu tidak diharamkan oleh syara',
sekalipun sebahagiannya ada yang oleh syara' kadangkadang disunnatkan dan ada
kalanya dimakruhkan. Sesuatu yang oleh syara' tidak diberinya pembatasan,
mereka dapat menetapkan menurut kemutlakan hukum asal [2].
Prinsip di
atas, sesuai dengan apa yang disebut dalam Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari, dari Jabir bin Abdillah, ia berkata: "Kami pemah melakukan
'azl' [3], sedang waktu itu al-Quran masih turun; kalau hal tersebut dilarang,
niscaya al-Quran akan melarangnya."
Ini
menunjukkan, bahawa apa saja yang didiamkan oleh wahyu, bukanlah terlarang.
Mereka bebas untuk mengerjakannya, sehingga ada nas yang melarang dan
mencegahnya.
Demikianlah
salah satu daripada kesempurnaan kecerdasan para sahabat. Dan dengan ini pula,
ditetapkan suatu kaidah: "Soal ibadah tidak boleh dikerjakan kecuali
dengan syariat yang ditetapkan Allah; dan suatu hukum adat tidak boleh
diharamkan, kecuali dengan ketentuan yang diharamkan oleh Allah."
Foot Note :
[1] Maryam.
[2] Qawaidun Nuraniyah al-Fiqhiyah oleh Ibnu Tarmiyah, hal
112-113.
[3] 'Azl iaitu mengeluarkan mani di luar kemaluan perempuan
ketika bersanggama.
Sumber : Ebook Halal dan Haram Dalam Islam, Dr. Yusuf
Al-Qardhawy
0 comments:
Post a Comment